Program-program SMKLB dinamakan 'Program Sayangi Anakmu'. Nama ini dipilih untuk membangkitkan kesedaran agar setiap ibu bapa menyayangi anak-anak mereka.

Satu cara menunjukkan kasih sayang ialah dengan menghadiri setiap majlis yang diadakan oleh pihak sekolah sebagai tanda keprihatinan mereka kepada anak-anak mereka. Anak-anak pula akan lebih terangsang untuk berusaha mencapai kecemerlangan.

Antara pengisian untuk Program Sayangi Anakmu ialah:

Sayangi Anakmu : Pengisian 1
Taklimat kepada waris dan pelajar baru setiap sesi baru
Matlamat: Menerangkan mengenai peraturan-peraturan sekolah, kemudahan dan peluang-peluang pembelajaran di SMLB

Sayangi Anakmu : Pengisian 2
Jamuan Aidil Fitri dan Ceramah Kepenggunaan
Matlamat: Memenuhi fungsi Briged Komuniti, Perjumpaan ramah mesra ibu bapa, pemimpin, masyarakat setempat dengan staf SMLB. Juga mengadakan ceramah motivasi bagi menghadapi pengaruh negatif dari luar. Mengingatkan semula tanggungjawab ibu bapa kemajuan pelajaran anak-anak mereka.

 Klik gambar untuk besarkannya.

Sayangi Anakmu : Pengisian 3
Kejohanan Olahraga Tahunan. Dibuat meriah melibatkan sekolah-sekolah jemputan dan acara orang dewasa (penduduk tempatan).
Matlamat: Mempamerkan bakat sukan anak-anak kepada ibu bapa masing-masing. Juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar kurang berjaya dalam kurikulum menunjukkan kecemerlangan dalam ko-kurikulum.

 Klik gambar untuk besarkannya.


Sayangi Anakmu : Pengisian 4
Memerangi Ponteng Sekolah
Matlamat: Mengumpul ibu bapa pelajar-pelajar yang terlibat dengan ponteng sekolah. Menerangkan kepada para pelajar kesan buruk ponteng sekolah. Ibu bapa ini diwajibkan hadir ke Majlis Syukur Cemerlang.
 

Sayangi Anakmu : Pengisian 5
Majlis Syukur Cemerlang
Matlamat: Perhimpunan dan perarakan masuk pelajar cemerlang SPM (Pangkat 1) tahun sebelumnya ke dewan diiringi bunga manggar dan paluan kompang. Ini akan menimbulkan rangsangan kepada pelajar SPM tahun semasa supaya berusaha mencapai kecemerlangan.

Klik gambar untuk besarkannya.


Sayangi Anakmu : Pengisian 6
Majlis Menghayati Hari Ibu
Matlamat: Memilih ibu-ibu mithali di kalangan ibu yang mendidik anak-anak hingga ke peringkat universiti.

Klik gambar untuk besarkannya.

Sayangi Anakmu : Pengisian 7
Mesyuarat Agung PIBG
Perhimpunan semua ibu bapa dan warga SMLB. Penyampaian maklumat dan motivasi untuk waris.

Klik gambar untuk besarkannya.

Sayangi Anakmu : Pengisian 8
Dialog Waris Jaya
Matlamat: Perjumpaan ibu bapa dengan guru kelas. Taklimat dan penerangan pencapaian pelajar kepada ibu bapa mereka.

Sayangi Anakmu : Pengisian 9
Majlis Julang Cemerlang
Matlamat: Mengadakan hari ucapan dan penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang kurikulum dan ko-kurikulum.

Klik gambar untuk besarkannya.

Sayangi Anakmu : Pengisian 10
Amanat Terakhir Menjelang PMR & SPM
Matlamat: Ibu bapa diberi amanat bagaimana melayani anak-anak di rumah beberapa minggu sebelum peperiksaan.

Klik gambar untuk besarkannya.

Sayangi Anakmu : Pengisian 11
Ceramah Ringkas Pengetua di masjid-masjid sekitar SMLB
Matlamat: Menyampaikan maklumat ringkas keadaan mutakhir sekolah. Motivasi kepada bapa-bapa cara-cara mendidik anak ke arah kecemerlangan.

Klik gambar untuk besarkannya.

Sayangi Anakmu : Pengisian 12
Gotong Royong
Matlamat: "Sekolah Kita Tanggungjawab Kita". Ibu bapa dan warga SMLB melakukan kerja gotong royong di sekolah.