MOTTO SMKLB

Berilmu, Berdisiplin, Berbakti


VISI SMKLB

Visi SMKLB adalah untuk melahirkan pelajar yang akan menjadi warga masyarakat yang
1. bertaqwa dan berilmu pengetahuan
2. berakhlak mulia, berdisiplin dan bersahsiah
3. sentiasa berusaha ke arah positif untuk kebaikan bersama
4. bertanggungjawab dan berkeupayaan mencurahkan bakti dan sumbangan kepada masyarakat
5. mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan selaras dengan kehendak negara
6.berprestasi cemerlang dalam peperiksaan awam (PMR & SPM)
7. sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran sekolah yang terbaik melalui keceriaan
bagi memberangsangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


PIAGAM SMKLB

Kami staf SMKLB dengan penuh keazaman dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpahkan seluruh keupayaan dan kemampuan kami untuk:

  1. memberikan pendidikan kepada semua pelajar sekolah ini tanpa mengira kebolehan mental, taraf sosial, bangsa dan agama ke arah melahirkan insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.
  2. sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi pelajar ke tahap yang membanggakan khususnya dalam peperiksaan awam  (PMR dan SPM).
  3. memberikan perhatian untuk mengembangkan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum demi mewujudkan kekuatan fizikal dan daya kepimpinan di kalangan pelajar.
  4. melahirkan pelajar yang berketrampilan, bertanggungjawab, berkeupayaan dan berwawasan bagi menjamin masa depan pelajar yang cemerlang.
  5. berazam untuk meninggikan mutu perkhidmatan khususnya P&P serta meningkatkan keupayaan diri ke tahap cemerlang demi kepentingan warga sekolah.
  6. sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang berkualiti, berdedikasi, penuh mesra dan ikhlas bagi mewujudkan iklim sekolah yang harmonis serta peka dengan perkembangan semasa.
  7. berusaha menjalinkan hubungan yang intim di antara warga sekolah dengan para waris, masyarakat setempat dan pihak luar untuk kepentingan bersama.
  8. sentiasa bersikap terbuka dan bersedia menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang positif daripada semua pihak demi mempertingkatkan prestasi pelajar dan kecemerlangan sekolah.