SEJARAH SMKLB

Ditubuhkan pada tahun 1975 dengan kedudukan lokasinya sekitar 27 km daripada bandar Kulim yang sedang pesat membangun.

Dibina di atas kawasan seluas 6.07 hektar, bangunan ini siap sepenuhnya untuk digunakan mulai 1 Jun 1976. Sebelumnya, pelajar perintis sekolah ini menumpang untuk sementara waktu di Sekolah Kebangsaan Malau.

Bermula dengan hanya 437 orang pelajar, kini ia telah meningkat sehingga melebihi 1500 orang pelajar. Kini, kumpulan pelajar ini dikelolakan oleh seramai 75 orang staf akademik dan 16 orang staf bukan akademik (staf sokongan).

SMKLB mendapat kemudahan asrama harian mulai tahun 1990 dan asrama ini mulai didiami pada 1 Mei 1991 dengan kapasiti 110 orang penghuni. Kini SMKLB telah berkembang pesat pembangunan fizikalnya dari sebuah sekolah yang serba kekurangan kepada sebuah sekolah yang lengkap dengan pelbagai prasarana seperti Tapak Perhimpunan Rangsang Jaya, Dewan Serbaguna Nur-Addin, bilik gerakan, pondok-pondok bacaan, Makmal Al-Ma'aruf (makmal komputer), Perpustakaan Sumber Jaya, Klinik Pergigian Nur Kamil, Galeri Nur Salehin, Surau Al-Falah dan pelbagai prasarana lagi. Semuanya bertaraf 5 Bintang.

Mulai 1 Mac 1993, sekolah ini telah  dinaikkan taraf  ke Gred A. Sekolah ini beroperasi melalui 34 buah kelas yang terdiri daripada Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan Lima. Mulai 1998, Aliran Sains telah diwujudkan dan kumpulan pelajar pertama adalah seramai 20 orang.

Sekolah ini juga mencatat sejarah antara sekolah luar bandar yang paling banyak dikunjungi oleh orang-orang kenamaan. Kehadiran wakil rakyat merupakan perkara biasa. Antara kenamaan yang pernah menghadiri sekolah ini ialah:

1.    Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad,
        Perdana Menteri Malaysia
        Sabtu, 14 Julai 1990

2.    Y.A.Bhg. Datin Seri Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali

3.    Y.A.B. Dato' Seri Hj. Osman Hj. Aroff
        Bekas Menteri Besar Kedah

4.    Y.B. Dato' Mohamad Rahmat
        Bekas Menteri Penerangan Malaysia

5.     Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tunku Sultanah Kedah Darul Aman
        Tuanku Hajjah Bahiyah Ibn. Al-marhum Tunku Abdul Rahman
        19 Jun 1998

6.     D.Y.T.M. Tunku Hajjah Raudzah Ibn. Al-marhum Sultan Hishamuddin Alam Shah

7.     Y.T.M. Dato' Sri Tunku Intan Safinaz Ibn. Tunku Sultan Hj. Abdul Halim Mu'adzam Shah

8.     Datuk Ir. Dr. Mohd. Noor Salleh
        Naib Canselor, Universiti Utara Malaysia

9.     Hj. Abdul Raof B. Hussin, A.M.N.
        Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

10.   Haji Hassan B. Hashim, S.D.K, A.M.N., B.C.K., P.J.K.
        Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman
 


FALSAFAH SMKLB

Falsafah Pendidikan SMKLB ialah mewujudkan satu usaha yang berterusan untuk memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu berteraskan Prinsip-prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara, bagi melahirkan insan yang berilmu, berdisiplin, berakhlak mulia, berwawasan dan berbakti untuk kesejahteraan diri, warh\ga sekolah, keluarga, masyarakat dan negara.